Mount Fuji from Mount Kachi Kachi

Mount Fuji from Mount Kachi Kachi

Friday, October 18, 2013

Aku, Semalam dan Hari Ini.
















Semalam,
aku menghambur kata insaf
aku meratib doa-doa kudus
tanpa malu tanpa segan
dalam sujud yang paling panjang
menghadap Rabb-ku yang satu
"aku tak layak untuk syurga-Mu,
tapi aku takut seksa neraka-Mu"

Hari ini,
dalam sedar dalam tak sedar,
dalam waras dalam nanar,
dalam amukan kegilaan itu,
aku merelakan diriku,
tergelincir lagi,
untuk kesekian kali.

Tuhan,
tutupkanlah jalan-jalan kelabu itu
padamkanlah rasa-rasa palsu itu,
kuncikanlah pintu-pintu kerosakan itu,
aku mahu penamat untuk ini
aku mahu penghujung yang hakiki
aku mahu ke jalan-Mu yang abadi.

Tuhan,
sejijik mana pun aku,
sehina mana pun aku,
izinkan aku walau sekali, 
menjadi yang bersih dan putih di mata-Mu lagi,
menjadi sang taubat yang telah pulang kembali,
menjadi yang dikasihani, oleh sang Maha Pengasihani.

The Clan