Malaysia, Japan and the rest of the world, where my feet will take me!
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Saturday, October 19, 2013
Aku, Semalam dan Hari Ini.
Semalam,
aku menghambur kata insaf
aku meratib doa-doa kudus
tanpa malu tanpa segan
dalam sujud yang paling panjang
menghadap Rabb-ku yang satu
"aku tak layak untuk syurga-Mu,
tapi aku takut seksa neraka-Mu"
Hari ini,
dalam sedar dalam tak sedar,
dalam waras dalam nanar,
dalam amukan kegilaan itu,
aku merelakan diriku,
tergelincir lagi,
untuk kesekian kali.
Tuhan,
tutupkanlah jalan-jalan kelabu itu
padamkanlah rasa-rasa palsu itu,
kuncikanlah pintu-pintu kerosakan itu,
aku mahu penamat untuk ini
aku mahu penghujung yang hakiki
aku mahu ke jalan-Mu yang abadi.
Tuhan,
sejijik mana pun aku,
sehina mana pun aku,
izinkan aku walau sekali,
menjadi yang bersih dan putih di mata-Mu lagi,
menjadi sang taubat yang telah pulang kembali,
menjadi yang dikasihani, oleh sang Maha Pengasihani.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
I believe some of you might wonder how do I find halal food and perform my daily prayer in Japan right? Well, there are a few tricks and kno...
-
JAPAN DOME TOUR X!! So I finally went to their last day concert yesterday (141123). Initially I didn't really planned to go coz they do...
-
KMW 2011 in Malaysia Concert There were 4 of us going together, geared up in BigBang’s BIG SHOW UNIQLO T-Shirt. We had our early dinner an...